Tuesday, February 1, 2011

,,>>MALU PERHIASAN WANITA<<,,

Malu adalah akhlak yang menghiasi perilaku manusia dengan cahaya dan keanggunan yang ada padanya. Inilah akhlak terpuji yang ada pada diri seorang lelaki dan fitrah yang melekat pada diri setiap wanita. Sehingga adalah tidak masuk akal wanita yang tidak mempunyai rasa malu dalam dirinya. Kemuliaan seorang wanita salah satunya adalah kerana adanya sifat malu dalam dirinya.

Apakah sifat malu itu?Imam Nawani dalam kitab Riyadhush Shalihin menulis bahawa para ulama pernah berkata, "Hakikat dari malu adalah akhlak yang muncul dalam diri untuk meninggalkan keburukan,mencegah diri dari kelalaian dan penyimpangan terhadap hak orang lain."

Terdapat 3 jenis sifat malu, iaitu:
  1. Malu yang bersifat fitrah. Misalnya, malu yang dialami semasa melihat gambar porno,atau wajah yang memerah kerana malu mendengar ungkapan lucah.
  2. Malu yang bersumberkan dari iman. Misalnya, seorang muslim menghindari berbuat maksiat kerana malu atas muraqabatullah (pemantauan Allah).
  3. Malu yang muncul dari dalam jiwa. Misalnya, perasaan yang malu seperti mendedahkan aurat di hadapan orang ramai.
Kerana itu, beruntunglah orang yang mempunyai rasa malu. Kata Ali bin Abi Thalib."orang yang menjadikan sifat malu sebagai pakaiannya, nescaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela pada dirinya."

Tentang pentingnya sifat malu menentukan iman dipertegas lagi oleh Rasulullah s.a.w. "Malu dan Iman keduanya sejajar bersama. Ketika salah satu dari keduanya diangkat, maka yang lain pun terangkat."(Riwayat Hakim dari Ibnu Umar).

Kerana itu, sifat malu tidak akan mendatangkan kemudaratan. Sifat ini membawa kebaikan bagi pemiliknya.





0 comments:

Post a Comment